Wednesday, February 23, 2011

WORD SEARCH PUZZLE perkara-perkara wudhuk
Latihan ini melatih pelajar untuk mencari perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan perkara-perkara di dalam wudhuk
RUKUN - RUKUN WUDUK
Rukun wuduk itu terbahagi kepada enam perkara iaitu:-
1.NIAT iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka "Sahaja aku mengangkat wuduk (air sembahyang/mengangkat hadas kecil) fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
      
2. MEMBASUH MUKA mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

3. MEMBASUH TANGAN HINGA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.

5. MEMBASUH KEDUA-DUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali. 

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

PERKARA - PERKARA YANG SUNAT UNTUK BERWUDUK
~Sehabis keluar darah dari hidung.
~Sesudah mengantuk.
~Hendak berjalan jauh.
~Sehabis ketawa terbahak - bahak.
~Ragu - ragu dalam wuduk.
~Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci, mengadu domba, marah, atau mengeluarkan kata - kata  kotor.
~Kerana hendak tidur di waktu siang mahupun malam hari.
~Kerana hendak membaca Al-Quran, hadith atau zikrullah.
~Kerana hendak iktikaf di dalam masjid.
~Hendak bertabligh, berpidato atau mengajarkan ilmu agama.
~Ziarah ke kubur.
~Memegang atau memikul mayat.
~Jika di dalam keadaan marah.

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK
Enam perkara membatalkan wuduk:-
~ Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
~Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
~Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
~Menyentuh kemaluan  manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup mahupun mati.
~Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti ayah, ibu, anak, saudara sesusu, nenek, mentua, menantu dan sebagainya.
~Murtad.

Tuesday, February 22, 2011

Ujian Pendidikan Islam

 Perkara-perkara yang berkaitan dalam wuduk.


1.     Yang manakah antara berikut perkara sunat ketika berwudhuk?
a)     Kentut
b)    Tidur dengan nyenyak
c)     Berakal
d)    Membaca basmallah

2.     Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, kecuali.
a)     Bersentuhan dengan bukan muhrim
b)    Hilang akal
c)     Mengorek telinga
d)    Pengsan

3.     Apakah hukum melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang diwajibkan?
a)     Wajib
b)    Sunat
c)     Makruh
d)    Harus

4.     Menghadap kiblat ketika berwudhuk ialah …………
a.     Sunat
b.    Wajib
c.     Harus
d.    Makruh

5.     Syarat wajib wudhuk ialah ……….
a.     Berlakunya hadas
b.    Meminum air
c.     Bercakap-cakap
d.    Membaca basmallah

6.     Menyelahi jari-jari tangan dan kaki ketika berwudhuk hukumnya ialah ………
a.     Sunat
b.    Wajib
c.     Harus
d.    Haram

7.     Yang manakah antara berikut fardu berwudhuk …………
a)     Niat
b)    Bersugi
c)     Membaca doa selepas berwudhuk
d)    Berkumur

8.     Berikut merupakan air yang dibolehkan berwudhuk kecuali,
a)     Telaga
b)    Air sungai
c)     Air sirap
d)    Air laut

9.     Melakukan sesuatu secara berturutan ketika berwudhuk merupakan ……….
a)     Syarat sah wudhuk
b)    Harus
c)     Sunat
d)    Makruh

10.   Apakah hukum membasuh telinga?
a)     Sunat
b)    Wajib
c)     Harus
d)    Makruh

11.  Berikut merupakan rukun wudhuk kecuali……..
a)     Niat
b)    Membasuh muka
c)     Membasuk kedua-dua belah tangan
d)    Membasuh telinga
12.   Sunat mengambil wudhuk ketika hendak
a)     Marah
b)    Makan
c)     Memakai baju
d)    Menaiki kenderaan

13.   Jika berlakunya darurat atau ketiadaan air. Kita bolelah __________ sebagai menggantikan wudhuk
a)     Beristinjak
b)    Tayyamun
c)     Bersuci
d)    Saie

14.  Berikut merupakan perkara yang membatalkan wudhuk kecuali,
a)    Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
b)    Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
c)     Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
d)    Bersalaman dengan ayah dan ibu

15.   Perkara manakah antara berikut merupakan perkara sunat ketika berwudhuk?
a)     Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
b)    Menyapu air ke kepala.
c)     Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
d)    Semua perkara diatas


Sila klik di sini untuk menjawab




Wednesday, February 16, 2011

SYARAT - SYARAT WUDUK

Terdapat beberapa syarat - syarat bagi seseorang untuk mengambil wuduk. Syarat - syarat tersebut terbahagi kepada 6 bahagian iaitu:-  
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5.Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
PENGENALAN WUDUK
    Sebelum kita menunaikan sembahyang, perkara yang perlu kita lakukan ialah mengambil wuduk. Berwuduk bermakna membersihkan diri dari hadas besar mahupun hadas kecil dan juga perkara - perkara yang boleh membatalkan sembahyang sebelum menunaikan sembahyang. Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan perkara - perkara di bawah:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang ( menyentuh/membawa ) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.